At times when we are at our lowest, we need something to lift us our spirits up. I find that quotes, short stories and poems helps me lots through these process. To remind me that to count every small blessings :)In rainy days you might want a little sunshine to light your heart. In sunny days you might want a shade and cool breeze.. Just like little kind words and some motivation to get through rough days.. Something to keep you going.
Sunday, 30 October 2011
Petua Untuk Sedapkan Mee Kari
1. Ambil sedikit ikan bilis yang telah dibersihkan, kisar sehingga hancur.
2. Kemudian, masukkan ke dalam kuah kari selepas garing bahan tumis.
3. Selepas itu masukkan santan.
Petua Untuk Bawang Goreng Wangi dan Rangup
1. Kupas bawang, rendam dalam air garam selama 10 minit.
2. Kemudian bilas sebelum dihiris nipis-nipis.
3. Masukkan tepung gandum (mengikut kuantiti bawang) dan gaul rata.
4. Goreng bawang tersebut atas api sederhana sehingga garing.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.
6. Bawang goreng akan tahan lebih lama, lebih wangi dan rangup.
Petua Untuk Sedapkan Sambal Tumis
1. Kisar lada kering bersama sedikit sedikit belacan.
2. Sementara itu goreng ikan bilis bersama bawang besar sehingga garing. 3. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian goreng lada kisar, biarkan betul-betul masak.
5. Masukkan ikan bilis tadi bersama 2 sudu kerisik.
6. Biarkan hingga ia pecah minyak.
Petua Untuk Hilangkan Bubuk dalam Beras / Kutu Beras
Pilihan 1: Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam beras.
Pilihan 2: Simpan beberapa helai daun belimbing buluh yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam beras.
Pilihan 3: Simpan beberapa helai daun limau purut di dalam beras.
Pilihan 4: Masukkan beberapa tangkai daun asam jawa ke dalam beras.
Pilihan 5: Masukkan beberapa helai daun limau nipis dalam bekas beras.
Petua Kilatkan Sudu dan Garfu
1. Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air bersih dan kulit buah nanas selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas hingga bersih.
2. Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air asam jawa atau asam gelugur (asam keping) selama sejam. Kemudian lap dengan kain lembut hingga kering dan sapukan dengan minyak masak. Jemur seketika dan kemudian lap dengan kain bersih.
Petua Untuk Didihkan Telur dengan Cepat
Tambahkan garam ke dalam air yang hendak dijerang. Jangan khuatir, telur tidak akan jadi masin.
Petua Memasak Mengelak Minyak Memercik
Petua 1 - Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.
Petua 2 - Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.
Setiap rumah skrg ni mesti ada peti sejuk........
Kalau xde peti tu, memang payahlah nak survive.
Macam2 barang disumbat kedlm peti tu. Lebih2 lagi ikan, ayam, udang, sayur dan macam2 bahan memasak lagi. Ia membuatkan peti sejuk itu mengeluarkan macam2 bau yang kurang menyenangkan.
Petua yg aku dapat ni adalah dengan cara meletakkan sekeping roti putih atau roti sandwich semalaman kedlm peti sejuk. Kat atas roti tu titiskan beberapa titik esen vanila. Peti sejuk akan kembali segar dan harum.
Satu lagi petua adalah dengan menggunakan soda bikarbonat dicampur air utk membersihkan atau mengelap peti sejuk. Bau yg kurang menyenangkan pasti akan terhapus.
Petua Mengelakkan Ikan Masin Hancur
Ikan masin terutamanya gelama akan mudah hancur bila digoreng. Bagi mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum pada ikan terlebih dahulu sebelum digoreng.
Petua Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
Petua Hilang Kuning Kunyit Di Tangan
Ambil sesudu kapur dan sapukan pada tangan anda. Basuh dengan sabun dan cuci dengan air suam.
Petua Untuk Melembutkan Bubur Kacang
Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula.
Petua Memilih Ikan Yang Baik
a. Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.
b. Sisik ikan tidak banyak yang gugur.
c. Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.
d. Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.
e. Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.
f. Badannya tidak berbau.
Petua Untuk Mematikan Ikan Keli
Masukkan garam secukupnya di dalam bekas ikan keli tersebut dan tutup. Ia akan mati lebih kurang 10 minit.
Petua Untuk Elakkan Terung Menjadi Hitam Apabila Sudah dipotong
Bagi anda yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh
Petua Menghilangkan Hanyir Telur Goreng
• Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
• Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.
Buah yang dipotong berubah warna
• Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya.
• Boleh juga mencelupkan buah-buahan tersebut dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya, ia juga menambahkan rasa manis pada buah-buahan tersebut.
Petua Menghilangkan Rasa Lidas Selepas Makan Nenas
Kupas buah nanas dan basuh hingga bersih. Setelah agak keding, lumurkan sedikit garam ke seluruh buah nanas tersebut. Biarkan seketika sebelum anda menjamahnya. Pasti rasa lidas dapat dihindarkan.
Petua Cuci Kerak Periuk
i)Kerak pada periuk memang susah untuk dibersihkan. Biasanya anda perlu menggosok dengan kuat dan berkali-kali agar kerak itu dapat ditanggalkan. Ambil kulit ubi kentang, kemudian rebus kulit kentang dan periuk yang ada kerak itu selama 15 minit. Setelah air rebusan itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya. Kemudian, mudahlah untuk anda membersihkan periuk tersebut.
ii)menggunakan perahan air limau kasturi di rebus bersama kulit2 nya sekali di dalam periuk yang ada bekas kerak hangusan...Didehkan buat beberapa waktu... Setelah itu cuci lah priuk atau bekas yang ada kerak yang hangus itu...
http://www.facebook.com/pages/Resepi-Masakan-Melayu/113509772025990?sk=wall
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment